MahkamahNasional

Bekas warden mengaku tidak bersalah menyamar anggota polis

SEORANG bekas warden penjara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas kesalahan menyamar sebagai anggota polis sewaktu berada dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Khamis lalu.

Tertuduh, Zakwan Mahuri, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menyamar sebagai anggota polis dengan mengetahui bahawa dirinya tidak memegang jawatan itu.

Dia, atau dengan palsunya menyamar seseorang lain yang memegang jawatan tersebut dan boleh melakukan apa-apa perbuatan atas kuasa jawatan itu, menurut laporan Harian Metro.

Kesalahan dilakukan di pekarangan pejabat Cawangan Khas IPK Perak, pukul 9.50 pagi pada 18 November lalu dan dituduh mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sufi Aiman Azmi, manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button