Nasional

Bekas TPM dirawat di PPUM sejak semalam

Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak semalam.

Suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bekas timbalan perdana menteri dimasukkan ke hospital  melalui kemas kini laman Facebook beliau.

Anwar berkata, ujian saringan Covid-19 mengesahkan Azizah negatif.

“Azizah dirawat di PPUM sejak semalam. COVID-19 negatif. Pemeriksaan umum diteruskan. Doakan, insya-Allah,” tulis Anwar tanpa menyatakan masalah kesihatan yang dihadapi isterinya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button