Politik

Bekas pemain bola sepak Johor FA calon PRK Mahkota

Bekas pemain bola sepak Johor FA Mohamad Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Majlis Pengumuman Calon PN di Bilik Gerakan Utama PN PRK DUN Mahkota di Kampung Melayu.
“Beliau merupakan anak tempatan Kluang, lahir di Layang-Layang dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan bapanya pernah bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Kluang,” katanya ketika berucap pada majlis itu.
Turut hadir Pengarah PRK DUN Mahkota Datuk Seri Azmin Ali, Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pesuruhjaya Pas Johor Abdullah Husin.
Pada Sabtu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, 40, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK DUN Mahkota.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button