Berita

Bekas menteri Tan Sri Lee Kim Sai meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Bekas Menteri Kesihatan Tan Sri Lee Kim Sai meninggal dunia lewat malam tadi pada usia 82 tahun.

Menurut anak lelakinya Lee Boon Kuan, bapanya meninggal dunia pada 12.30 malam tadi di kediaman mereka di Jalan Setia Bakti Bukit Damansara di sini.

“Ayah saya meninggal dengan tenang. Beliau kena serangan angin ahmar pada Oktober tahun lepas. Kami akan merinduinya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jasad mendiang bapanya akan disemadikan di Taman Peringatan Xiao En pada Selasa ini.

Selain menjadi Menteri Kesihatan, jawatan yang dipegang pada 1990 hingga 1995, Lee yang merupakan bekas Timbalan Presiden MCA turut pernah menjadi Menteri Buruh serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1986 hingga 1990.

Mendiang meninggalkan isteri, Puan Sri Wan Yuet Fong serta empat orang anak.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button