Nasional

Bank Rakyat perkenal Akaun Simpanan i-Nuri Kids untuk kanak-kanak

BANK Rakyat telah menganjurkan program Nuri Splash Fiesta di SplashMania, Gamuda Cove, yang menghimpunkan seramai 150 pelajar daripada program Sekolah Tanpa Tunai dan sekolah jemputan khas.

Seramai 150 pelajar sertai Program Nuri Splash Fiesta

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Bank Rakyat untuk memperkenalkan pelbagai ciri dan manfaat baharu Akaun Simpanan-i Nuri.

Dalam usaha memupuk semangat menabung dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, Bank Rakyat memperkenalkan Akaun Simpanan-i Nuri Kids untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan Akaun Simpanan-i Nuri Teens untuk remaja berusia 12 hingga 18 tahun.

YBhg. Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman merasmikan pelancaran Program Nuri Splash Fiesta

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman, sebelum ini Akaun Simpanan-i Nuri hanya boleh dibuka oleh ibu bapa atau penjaga dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat.

Beliau berkata, “Dengan ciri baharu yang diperkenalkan, pembukaan akaun kini boleh dilakukan dengan lebih mudah dan pantas melalui platform digital Bank Rakyat Quick (BRICK).

Dengan deposit pembukaan akaun serendah RM20 sahaja, pelanggan boleh menikmati pelbagai faedah seperti kadar keuntungan menarik sehingga 2.00% setahun, keahlian Kelab Nuri secara automatik, serta peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik”.

Selain itu, ahli Kelab Nuri juga dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh rakan kolaborasi Kelab Nuri, seperti tawaran diskaun, tiket kemasukan percuma, dan harga istimewa bagi barangan terpilih.

Program Nuri Splash Fiesta ini merupakan satu langkah inovatif Bank Rakyat dalam usaha mendidik kanak-kanak dan remaja tentang kepentingan menabung sambil menikmati pelbagai manfaat yang disediakan.

Bank Rakyat telah mengumumkan pengenalan sebanyak 39 rakan kolaborasi baharu untuk Kelab Nuri sempena program Nuri Splash Fiesta yang berlangsung di SplashMania, Gamuda Cove.

Antara rakan kolaborasi baharu tersebut termasuk SplashMania @ Gamuda Cove, Pusat Tuisyen PTTI, Jumpstreet Malaysia, Selamatbercuti.com, Super Park, dan Big Bounce Park.

Menurut beliau lagi, Bank Rakyat turut memperkenalkan reka bentuk baharu untuk Kad Debit-i Nuri dan Kad Keahlian Kelab Nuri.

Maskot Nuri baharu beserta Kad Debit I-Nuri

”Kad Debit-i Nuri, yang juga berfungsi sebagai kad keahlian Kelab Nuri, hanya diberikan kepada pelanggan berusia 12 hingga 18 tahun dan boleh digunakan di semua mesin ATM Bank Rakyat atau ATM berlogo MEPS di seluruh negara,” tambah beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman, dalam ucapannya berkata, “Nuri bukanlah sekadar jenama bagi produk perbankan Bank Rakyat untuk kanak-kanak, tetapi merupakan simbolik sebagai wira atau pun ‘hero’ kepada golongan kanak-kanak dan remaja sejak Akaun Simpanan-i Nuri diperkenalkan pada tahun 1994.

Menerusi pelbagai keistimewaan dan faedah baharu yang ditawarkan, Bank Rakyat berharap Nuri akan terus menjadi inspirasi dan motivasi kepada generasi muda untuk menyimpan dan merancang masa depan mereka dengan lebih baik.”

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, turut menekankan pentingnya ibu bapa mengambil kesempatan ini untuk mendaftarkan Akaun Simpanan-i Nuri Kids dan Akaun Simpanan-i Nuri Teens untuk anak-anak mereka.

Beliau berkata, “Dengan mendaftarkan anak-anak mereka, ibu bapa dapat memastikan anak-anak mereka menikmati pelbagai ciri baharu serta faedah yang ditawarkan oleh Bank Rakyat.”

Bank Rakyat melalui inisiatif Jangkauan Komunitinya telah menyerahkan sumbangan kepada kanak-kanak yang memerlukan sempena program Nuri Splash Fiesta di SplashMania, Gamuda Cove.

Antara sumbangan tersebut adalah sebanyak RM4,775 untuk menampung kos perbelanjaan persekolahan adik Raees Hussein Mohd Zulhusni bagi meringankan beban kewangan keluarganya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat menyampaikan sumbangan kepada adik Raees Hussein dan adik Zya Filza

Selain itu, sumbangan sebanyak RM7,000 juga disalurkan untuk pembelian alat bantu pendengaran adik Zya Filza Fauzi Abdul Fattah yang berumur enam tahun sebagai persediaan memasuki sekolah tahun hadapan.

Dalam majlis tersebut, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, menyerahkan sijil penghargaan kepada rakan kolaborasi baharu Kelab Nuri seperti Gamuda Land Leisure Sdn. Bhd., PTTI Group Sdn. Bhd., Selamatbercuti.com, Jumpstreet Malaysia Sdn. Bhd., dan Sports Entertainment Asia sebagai penghargaan atas kerjasama yang terjalin.

Menerusi kerjasama ini, ahli Kelab Nuri dapat menikmati pelbagai tawaran menarik seperti diskaun 10% untuk yuran kemasukan di enam lokasi tarikan Gamuda Land Leisure dan kelas tuisyen dalam talian percuma oleh PTTI Group serta diskaun dan tawaran menarik turut ditawarkan oleh Selamatbercuti.com, Jumpstreet Malaysia, dan Sports Entertainment Asia.

Bank Rakyat juga mengumumkan pelancaran Kempen Adik Simpan, Adik Senang yang bermula dari 1 Julai hingga 31 Disember 2024.

Kempen ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM190,000 sebagai inisiatif untuk memupuk tabiat menabung dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Dalam ucapan beliau, Datuk Mohd Irwan berkata, “Kami berharap ibu bapa akan memanfaatkan peluang keemasan ini dengan mendaftarkan Akaun Simpanan-i Nuri Kids dan Akaun Simpanan-i Nuri Teens untuk anak-anak mereka.” -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button