Ekonomi

Bank Rakyat lanjutkan kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i sempena tahun 2025

SEMPENA menyambut tahun baharu 2025, Bank Rakyat mengumumkan lanjutan Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i bermula 1 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025. Langkah ini diambil susulan sambutan luar biasa dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan sepanjang Kempen Fasa Pertama yang berlangsung dari 1 September hingga 30 November 2024.

Melalui kempen ini, Bank Rakyat menawarkan hadiah bernilai lebih RM400,000 untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan untuk memenangi 73 hadiah menarik. Selain itu, kempen ini turut memberi peluang kepada pelanggan untuk merancang kewangan dengan bijak, sekaligus mencapai matlamat kewangan mereka di tahun baharu. Konsep kempen ini adalah ‘Langgan dan Menang’, di mana pelanggan yang memohon pembiayaan minimum RM30,000 dan diluluskan sepanjang tempoh kempen layak menyertai cabutan hadiah menarik.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff, menyatakan, “Sebagai bank koperasi Islam, Bank Rakyat sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan kewangan yang inklusif, memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat peluang untuk mencapai kesejahteraan kewangan.”

Beliau juga menambah, “Melalui kempen ini, pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah bernilai lebih RM400,000, termasuk sebuah kereta elektrik BYD Atto 3, sebuah motosikal BMW, pakej umrah atau pelancongan untuk dua orang, serta hadiah lain seperti iPhone, motosikal Modenas, iPad, 5 gram wafer emas, dan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus bernilai RM1,000.”

Pemenang Kempen Fasa Pertama (1 September hingga 30 November 2024) akan diumumkan pada Disember 2024. Pelanggan dinasihatkan untuk mengikuti saluran media sosial Bank Rakyat bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai senarai pemenang.

Kempen Lain yang Menarik

Selain Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i, Bank Rakyat juga menawarkan beberapa kempen menarik. Antaranya, Kempen Emas 2 Kilo, yang menyediakan hadiah keseluruhan berjumlah 2 kilogram emas bagi Pembiayaan Pajak Gadai-i, yang akan berakhir pada 31 Disember 2024.

Para pelanggan Kad Kredit-i pula berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui Kempen Gold Fest, yang menawarkan pakej percutian bernilai RM20,000, MacBook Pro, Dyson Hair Dryer, dan banyak lagi dengan pembelian emas. Kempen ini juga berakhir pada 31 Disember 2024.

Selain itu, Bank Rakyat turut menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM5.8 juta melalui Akaun Pelaburan-i Rizq Plus. Pencarian Jutawan Kedua Akaun Pelaburan-i Rizq Plus akan dilakukan pada Januari 2025, dengan cabutan bagi hadiah wang tunai bernilai RM1 juta bagi mereka yang mengekalkan baki purata bulanan sebanyak RM5,000 pada 31 Disember 2024.

Muslimah Fest 2024

Bank Rakyat juga akan menganjurkan Muslimah Fest pada 20 hingga 22 Disember 2024 di Midvalley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur. Lebih 70 jenama dan rakan dagang pakaian Muslimah akan turut serta dalam acara ini. Antara jenama yang terlibat adalah ROCKQUEEN, Sharaothman, Lreana.scarves, Alhumaira, Fiziwoo, Bayu Somerset, SofeaRose, Nabila Razali MY, dan Qaira Hijab.

Pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan, termasuk tutorial solekan, program mewarna Nuri, dan forum perkongsian usahawan bersama Mila Jirin. Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah harian menarik seperti wafer emas, barang kemas Habib, baucar beli-belah, kad petrol bernilai RM100, serta botol air jenama Montigo.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454, atau mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button