Rencah Hidup

Bangunan senget di tengah KL dijamin tak tumbang

KUALA LUMPUR – Imej bangunan kediaman servis atau service apartment Y008 di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan kapsyen menunjukkan seolah-olah bangunan itu akan tumbang tular di media sosial.

Kapsyen bangunan yang senget itu juga menunjukkan jika tumbang ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Imej yang ditularkan itu pasti mencetuskan kebimbangan memandangkan cuaca hujan lebat sejak kebelakangan ini melanda ibu kota.

Warga kota diminta bertenang kerana imej binaan yang senget itu sebenarnya tidak akan tumbang, demikian laporan yang dipetik dari Astro Awani.

Semalam, penerima gambar tersebut di media sosial tanpa membuat rujukan dan pemeriksaan fakta akan mudah terpengaruh dan terpedaya dengan pencerahan kapsyen yang mendakwa, bangunan kediaman berservis Y008 itu akan tumbang kerana binaannya yang senget dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Pengarah Urusan KSK Land merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group, Joanne Kua dalam kenyataannya memberitahu, gambar struktur Menara B bangunan berkenaan sememangnya dibina mengikut reka bentuk sedemikian.

Difahamkan bangunan kediaman berservis dan bersilang serta berkembar dan tertinggi didunia oleh Kempinski itu adalah projek 8 Conlay yang direka oleh RSP Architects KL.

Kata Joanne lagi dalam kenyataannya, reka bentuk unik bangunan terbabit akan kelihatan condong jika dirakam gambar dari sudut berbeza.

Apapun penjelasan yang diberikan pastinya penduduk di bangunan berservis sedar akan keselamatan bangunan didiami.

Manakala pihak pemaju juga lebih awal lagi memikirkan aspek keselamatan dan nyawa manusia yang menghuni bangunan berservis sebelum membina bangunan kediaman pencakar langit. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button