Bangsa Johor Tolak ‘Kluster Mahkamah’ Dari BN Wajar Digelar Barua & Pengkhianat!
Bangsa Johor yang akan turun mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor digesa untuk melupakan sebarang kesalahan lampau pemimpin terutamanya jika ada berkait dengan kes mahkamah.
Pengundi PRN Johor disarankan menerima perjuangan parti yang ditunjangi kluster mahkamah untuk pekakkan telinga dan jangan fikir soal maruah kerana ia boleh menjejaskan pendirian pengundi.
Tambahan pula, status ‘kluster mahkamah’ layak diibaratkan seperti ‘janda’ atau ‘duda’, iaitu gelaran ini wujud kerana ada masalah biar pun tak pernah selesai sampai bila-bila.
Maka tidak hairan Felo Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir sendiri bersetuju status ‘kluster mahkamah’ sebenarnya tidak memberikan impak negatif sebalik peluang untuk UMNO dan BN terus bersinar.
“UMNO dan BN bukan sahaja terus dapat bersinar malah dapat membuka ruang bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk kekal popular menerusi pandangannya dalam pelbagai isu dapat diterima rakyat.
“Lagi pun, ramai orang tidak kisah tentang kes Najib. Mereka tahu tiada Perdana Menteri yang sempurna dan ia tak sesuai untuk dikaitkan dengan PRN Johor,” katanya kepada FMT.
Jeneri berkata demikian mengulas label ‘kluster mahkamah’ dan dalam masa sama, mengulas keupayaan parti lain yang akan bersaing dengan BN dalam PRN Johor akan datang.
“PKR adalah parti berbilang kaum, kebanyakan sokongan Bersatu (pada PRU14) diperoleh menerusi Umno, akar umbi Pejuang lemah, manakala ideologi PAS mungkin terlalu melampau.
“Sehubungan itu BN dijangka menang pada PRN Johor kerana pengundi Melayu, yang menjadi majoriti diramalkan menyokong Umno,” katanya.