Pendidikan

Bakal calon SPM diingatkan buat persiapan rapi

KANGAR – Para pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hendaklah menyemak jadual peperiksaan masing-masing untuk persediaan dan mendapatkan masa yang cukup untuk membuat ulangkaji. Menentukan keutamaan kepada mata pelajaran yang masih belum dikuasai dengan baik.

Jagalah kesihatan dan aspek keselamatan diri dengan pengambilan makanan seimbang yang memenuhi keperluan tenaga dan nutrisi seseorang untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. Pada masa yang sama, ambillah sedikit masa untuk melakukan senaman ringan supaya dapat menambahkan kecergasan mental dan juga fizikal.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Jalan Kaki Bukit, Kangar baru-baru ini.

Kayuhan amal yang merupakan aktiviti mingguan bagi menyantuni dan membantu golongan yang kurang bernasib baik di negeri ini turut disertai oleh ketua-ketua jabatan, agensi, Negeri dan Persekutuan mahupun swasta di Perlis.

Tuanku Raja Muda Perlis merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk singgah menyampaikan sumbangan MAIPs kepada asnaf yang terpilih pada kali ini iaitu Jemaliah Mat, 80 tahun dari Kampung Petai, Johari Dahaman, 59 tahun dari Kampung Behor Inai dan Mashumi Mahmud, 55 tahun dari Kampung Padang Pauh.

Setiap daripada mereka menerima Kits MAIPs Peduli, bantuan wang tunai sebanyak RM700 beserta beras Fidyah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button