Berita

ASNB Umum Agihan Pendapatan RM2.18 Bilion untuk ASB 2 dan ASM

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pembayaran agihan pendapatan berjumlah RM2.18 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

Dalam kenyataan rasmi, PNB memaklumkan bahawa pembayaran ini melibatkan dua dana harga tetapnya, iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM).

ASB 2 mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 5.5 sen seunit, membabitkan jumlah keseluruhan RM730 juta kepada 614,309 pemegang unit yang kini memiliki 14.12 bilion unit.

Sementara itu, ASM pula mengumumkan agihan sebanyak 5 sen seunit, dengan jumlah keseluruhan RM1.45 bilion, melibatkan 740,513 pemegang unit yang memiliki 29.14 bilion unit.

Setakat 20 Mac 2025, pendapatan bersih terealisasi ASB 2 adalah sebanyak RM800 juta, manakala ASM mencatatkan RM1.55 bilion, menurut kenyataan tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button