Hiburan
Ashraf Sinclair seorang dermawan terutama untuk rumah anak-anak yatim
Pemergian suami Bunga Citra Lestari (BCL), Ashraf Sinclair memang mengejutkan banyak orang. Meninggalnya aktor berusia 40 tahun itu menyebabkan ramai yang bersedih bukan sahaja peminatnya di Malaysia, bahkan juga di Indonesia.
Seperti yang diketahui, Ashraf dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung. Ashraf menghembuskan nafas terakhirnya pada Selasa (18/02/2020) pukul 04.50 pagi waktu Indonesia Barat.
Setelah jenazah dibawa ke rumah duka, tampak sejumlah pelawat dalam kalangan keluarga hingga rakan-rakan artis datang ke rumah BCL untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Ashraf.
Salah satu pelawat yang sempat keluar dari rumah duka adalah Haji Ahmad Habib, Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman. Ternyata, semasa hidup, Ashraf dikenal sebagai seorang yang dermawan.
Menurut Haji Ahmad Habib, Ashraf adalah seorang yang baik hati dan ramah. Ia pun mengaku sangat kehilangan ketika mengetahui bahawa ayah kepada seorang anak itu meninggal dunia.
Haji Ahmad Habib dipetik Merdeka.com mengatakan perjumpaan terakhirnya dengan Allahyarham adalah pada dua bulan lalu Ashraf datang untuk memberi sumbangan.
“Saat itu Ashraf terlihat dalam keadaan sihat. Dan menurutnya, Ashraf memang kerap datang ke pesantrennya untuk memberi sumbangan,” katanya.
Seperti yang diketahui, Bunga menikah dengan Ashraf pada 8 November 2008 lalu.
Daripada pernikahan itu, Bunga dan Ashraf dikurniakan seorang putera yang bernama Noah Sinclair yang kini baru berusia 9 tahun.
Bahkan selama 11 tahun membangun rumah tangga tak pernah terdengar isu tak sedap yang menghampiri mereka. Rumah tangga Bunga dan Ashraf dikenal sebagai pasangan artis yang selalu harmoni dan bahagia.