GajetUlasan

Apple merancang perkenalkan pemilikan iPhone melalui langganan bulanan

APPLE dilaporkan sedang giat merancang perkenalkan perkhidmatan langganan baharu dalam sistem pemilikan iPhone dan produk perkakasan mereka yang lain. Sacara ringkasnya, Apple akan menjual iPhone dan iPadnya sebagai sebahagian daripada langganan di mana pelanggan akan membayar yuran aplikasi bulanan untuk memiliki peranti mereka dan bukannya membelinya melalui kaedah konvensional.

Menurut laporan Bloomberg, pada tika ini perkhidmatan langganan perkakasan Apple masih dalam peringkat perancangan, tetapi kemungkinan besar Apple akan melancarkannya seawal akhir tahun ini.

Bagi Apple, sistem jualan secara langganan adalah sangat penting. Ia memberi sumbangan yang gak besar kepada pendapatan keseluruhan Apple. Setakat ini, langganan sedia ada pada perkhidmatan perisian Apple adalah seperti Apple Music, iCloud, Apple TV Plus, Apple Fitness Plus dan Apple Arcade.

Apple juga menawarkan pakej Apple One yang terdiri daripada langganan beberapa perkhidmatan perisiannya menjadi satu langganan dengan bayaran bulanan. Dengan menjual produk perkakasan melalui sistem langganan dijangka menjadi fokus transformasi Apple ke perkhidmatan langganan secara sepenuhnya. Dan sama seperti perkhidmatan langganan perisiannya, peranti iPhone itu kelak berkemungkinan terikat dengan pakej langganan Apple One.

Perkhidmatan langganan berasaskan iPhone berkemungkinan terikat pada akaun Apple ID pengguna, sama seperti langganan lain termasuk perkhidmatan AppleCare atau Apple One supaya pengguna tidak perlu membayarnya secara berasingan.

Pada saaat ini, sukar untuk bayangkan bagaimana Apple akan memperkenalkan perkhidmatan yang beasaskan sistem langganan untuk menggantikan program sedia ada ini kerana butirannya tidak jelas.

Apa yang boleh diandaikan bahawa Apple mungkin memberi pelanggan kelonggaran untuk memiliki iPhone bersama perkhidmatan perisian popularnya tanpa perlu membayarnya secara berasingan. Sudah tentu, yuran langganan untuk keseluruhan pakej mungkin menjadi lebih tinggi daripada apa yang Apple caj untuk Apple One pada masa ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button