Haiwan

APM tangkap buaya sebesar orang dewasa

Seekor buaya berjaya ditangkap selepas dikesan berada di tepi sebuah bot ketika lima individu hendak turun ke sungai, di Kampung Tepi Laut, di Menumbok, Sabah, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi tadi, buaya itu dilihat berada di tepi bot sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Setelah menerima maklumat itu, sepasukan tiga anggota APM Menumbok dikejar ke lokasi bagi melaksanakan operasi menangkap buaya bermula jam 2.28 pagi hingga jam 5.50 pagi tadi.

Buaya bersaiz hampir sebesar orang dewasa itu kemudiannya berjaya ditangkap dan dijerut dengan tali bagi mengelakkannya daripada terlepas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button