Nasional

Anwar ziarah Abdul Hadi, Ziauddin Sardar di IJN

DATUK Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan rakannya Sarjana British Profesor Ziauddin Sardar yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Firdaus, Bandar Baru Selayang, Perdana Menteri bergegas  Institut Jantung Negara (IJN) untuk tujuan tersebut
Bagaimanapun, Anwar berkata beliau tidak sempat untuk bertemu dengan Abdul Hadi kerana Ahli Parlimen Marang itu sedang menerima rawatan dialisis selepas menjalani beberapa prosedur kesihatan.
“Keadaan Abdul Hadi, saya dapat tahu daripada doktor (bahawa) stabil, hari ini beliau dialisis (manakala) Ziauddin sedang tunggu untuk ambil keputusan untuk prosedur berikutnya.
Kita doakan mudah-mudahan mereka sihat syafakallah, pulih dan dapat jalankan tugas seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi mereka di IJN di sini, hari ini.
Abdul Hadi, 76, berada di IJN untuk pemeriksaan jantung sejak 1 Januari lalu.
Ziauddin, 72, yang merupakan penulis pemenang anugerah dan dianggap sebagai intelektual penting di United Kingdom itu pernah berkhidmat sebagai penasihat Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button