Nasional
Anwar serah kepada peguam berhubung tuntutan saman RM150 juta Tun Mahathir
DATUK Seri Anwar Ibrahim menyerahkan soal tuntutan saman fitnah bernilai RM150 juta yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pihak peguamnya.
“Biar peguam jalankan (tugas mereka),” kata Perdana Menteri ringkas ketima diminta pemberita untuk mengulas mengenai tuntutan Dr. Mahathir tersebut.
Dr. Mahahthir hari ini mengemukakan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan perdana menteri di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Pelaksanaan Sebuah Idealisme’ pada Mac lalu.
Tuntutan saman tersebut bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.
Sebelum itu, Perdana Menteri meluang masa untuk makan tengah hari bersama rakyat setempat di Restoran Selera Tujuh, di Banting.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan Selangor Borhan Aman Shah yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Anwar kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-solihin, Kampung Kanchong Darat dan turut mendengar khutbah, bertajuk ‘Adab Bertamu Ketika Berpuasa’ bersama jemaah yang disampaikan Imam masjid berkenaan Rumaizi Ahmad. – SM