Nasional

Anggota MALBATT 850-11 di Lubnan selamat

Susulan daripada situasi yang berlaku di Selatan Lubnan, saya ingin memaklumkan bahawa status semasa pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 adalah dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kerosakan aset telah berlaku.

Kesemua pasukan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) termasuk pasukan MALBATT 850-11 yang beroperasi di Selatan Lubnan, telah diarahkan untuk tidak melaksanakan operasi rondaan
atau pergerakan logistik dan kekal di penempatan masing-masing.

Mengambil kira keselamatan petugas, Markas UNIFIL telah mengaktifkan perlindungan di dalam kubu (bunker drill) mengikut prosedur yang telah ditetapkan sehingga keadaan terkawal.

Sebarang perancangan untuk penarikan balik pegawai dan anggota pasukan MALBATT 850-11 ke Malaysia adalah tertakluk kepada kelulusan UNIFIL berdasarkan tahap keselamatan dan ancaman di dalam kawasan
operasi.

Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus memantau situasi di Selatan Lubnan dan akan mengemaskini sebarang perkembangan melibatkan pasukan MALBATT 850-11.

DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA
2 OKTOBER 2024

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button