Acara

Anakanda Bongsu Tuanku Pemangku Raja Perlis lawat Jabatan Kehakiman Syariah

KANGAR 7 Ogos – Anakanda Bongsu Tuanku Pemangku Raja Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail berkenan mengadakan lawatan ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs), Jalan Pegawai, Pusat Bandar Kangar.

Ketibaan Syed Sirajuddin Areeb Putra disambut oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, YAA Haji Jaidi Ahmad dan pengurusan kanan JKSNPs.

YAA Haji Jaidi telah mempersembahkan taklimat ringkas di bahagian utama operasi jabatan itu berkaitan proses pendaftaran dan pemfailan kes yang dibantu sama oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nurul Wazeera Ahmad Dahalan.

Syed Sirajuddin Areeb Putra juga mengadakan lawatan ke Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dan Unit SULH (Mediasi) serta menyaksikan sendiri satu perbicaraan kes di Dewan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perlis.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button