Hiburan

Anak lelaki Habib kawin dengan pelakon terkenal Indonesia

PELAKON jelita Indonesia, Pevita Pearce, kini bergelar isteri kepada jejaka kelahiran Malaysia, Mirzan Meer. Pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung baru-baru ini.

Pernikahan mereka diadakan dalam suasana tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan terdekat. Mirzan Meer merupakan anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin.

Dalam satu hantaran di Instagram yang diikuti oleh lebih 18 juta pengikut, Pevita berkongsi kegembiraan pernikahannya. “Hari ini, dalam suasana penuh cinta dan damai, dikelilingi orang-orang tersayang, kami disatukan,” tulisnya.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal Indonesia, termasuk penyanyi popular Afgan.

Mirzan Meer, yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Time Zone Group, merupakan sebahagian daripada empayar perniagaan Habib Group.

Pevita Pearce, 32, mula dikenali ramai melalui lakonannya sebagai Hayati dalam filem ‘blockbuster’ Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck pada 2013. Antara karya lain yang melonjakkan namanya termasuk filem 5 cm (2012), Sebelum Iblis Menjemput (2018), Gundala (2019), dan Sri Asih (2022).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button