Hiburan

Anak buah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza berjaya rangkul pingat emas di Amerika Syarikat

ANAK buah kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila merangkul pingat emas dipertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke 27 di Los Angeles, Amarika Syarikat (AS).

Seperti mengikut jejak langkah makciknya, Ummi Umairah Saiful Anuar, 13 atau lebih mesra dipanggil Umai yang juga anak kepada penyanyi Siti Saerah ini berjaya menewaskan empat lagi peserta yang lain di satu pentas dengan membawakan lagu A Natural Women.


Berita gembira itu turut dikongsi oleh penyanyi no satu Malaysia, Siti Nur Haliza turut bangga lihat anak buahnya itu berjaya membawa pulang pingat emas serta harumkan nama negara.

Alhamdulillah, tahniah Umai berjaya membawa pulang pingat emas dan harumkan nama negara,” kata pelantun lagu Cindai itu ringkas.

Terdahulu, pada saringan pertama Umai bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety sebelum berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B.

Dia kemudiannya mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun.

Antara penyanyi hebat tanah air yang pernah meraih kejayaan di pentas WCOPA termasuklah Noryn Aziz, Aina Abdul dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Artikle Berkaitan :>

Dalam masa dua jam tiket konsert Datuk Siti Nurhaliza ‘sold oOut’

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button