Ekonomi

AmInvest memenangi Anugerah Impak ESG Terbesar

AmInvest merangkul Anugerah Impak ESG Terbesar – Institusi Kewangan Bukan Bank di Anugerah FinanceAsia 2024.

Pengiktirafan berprestij ini menggambarkan komitmen tidak berbelah bahagi AmInvest terhadap prinsip-prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta impaknya yang penting dalam menggalakkan kewangan mampan.

AmInvest ialah jenama perniagaan pengurusan dana AmFunds Management Berhad dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd. yang merupakan anak-anak syarikat milik penuh AmInvestment Bank Berhad.

“Kami ialah pengurus dana berpangkalan di Malaysia yang telah memenangi pelbagai anugerah dengan pengalaman pelaburan lebih 40 tahun menguruskan dana unit amanah, dana borong, mandat institusi, dana dagangan Bursa (ETF) dan skim persaraan swasta (PRS); merangkumi kedua-dua dana konvensional dan patuh-Shariah.

“Kejayaan merangkul Anugerah ini adalah bukti kepada dedikasi kami terhadap prinsip kemampanan.

“Kami percaya dengan menerapkan prinsip-prinsip ESG dalam amalan pelaburan dan perniagaan kami bukan sahaja menjana nilai jangka panjang untuk para pelabur kami tetapi juga menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan dan saksama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AmFunds Management Berhad, Goh Wee Peng. 

Katanya, mereka amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini daripada FinanceAsia yang mana ia memberi motivasi kepada kami untuk terus berinovasi dan mencari kaedah baharu untuk mencipta impak positif ke atas alam sekitar dan masyarakat di samping menyampaikan nilai kepada para pelanggan kami.

“Kami akan terus meningkatkan lagi impak kami dalam ruang ESG dan mencapai kejayaan lebih gemilang pada tahun-tahun yang akan datang,” tambah beliau.

Anugerah FinanceAsia ialah suatu acara tahunan yang amat dihormati. Ia meraikan kecemerlangan dalam industri kewangan di seluruh Asia.

Anugerah itu mengiktiraf usaha-usaha luar biasa AmInvest untuk mengintegrasikan faktor-faktor ESG ke dalam strategi-strategi pelaburannya, menunjukkan peranannya sebagai peneraju firma pengurusan dana dalam pelaburan bertanggungjawab. 

Inisiatif-inisiatif AmInvest yang berfokuskan ESG merangkumi kumpulan dana pelaburan yang direka untuk memenuhi tuntutan kepada peluang-peluang pelaburan mampan dan bertanggungjawab yang semakin meningkat.

Dana-dana ini menerapkan pertimbangan alam sekitar seperti mengurangkan jejak karbon, faktor-faktor sosial seperti menggalakkan kepelbagaian dan perangkuman serta amalan tadbir urus yang baik.

Bagi memastikan pengawasan berkesan dalam menyampaikan nilai jangka panjang mampan kepada para pelabur, AmInvest berjanji untuk kekal komited kepada Prinsip-Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Kedua-dua AmFunds Management Berhad dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd. adalah penandatangan kepada Kod Malaysia bagi Pelabur Institusi (MCII).

AmInvest juga turut diiktiraf sebagai Pengurus ESG Terbaik – Malaysia dan Aplikasi ESG Terbaik – ASEAN di Anugerah Pengurusan Aset Asia Terbaik antara Yang Terbaik 20242 baru-baru ini. Firma dana ini juga telah terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti berkaitan ESG seperti Projek “The Lost Food”. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button