Hiburan

Alif Syukri bebas dengan jaminan polis

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ditahan semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis bagi membantu siasatan kes pukul anak angkatnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata polis menahannya semalam bagi membantu siasatan.

Menurutnya, beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

Kejadian yang berlaku pada 28 Februari itu difahamkan terjadi di kediaman usahawan itu dan sehari kemudian, pembantu rumahnya membuat laporan polis sebagai perlindungan diri.

Media melaporkan mangsa yang berusia dua tahun dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit sehingga meninggalkan kesan pada badannya.

Related Articles

Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button