Ekonomi

Al Rajhi Bank lantik Mohd Syahrul Ishak sebagai CEO

Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd telah melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Mohd Syahrul akan mengambil alih kepimpinan bank daripada ketua pegawai risiko, Muhammed Uzman Muhammed Faleel yang dilantik sebagai CEO sementara selepas peletakan jawatan Arsalaan (Oz) Ahmed, kata Al Rajhi dalam satu kenyataan hari ini.
Pengerusi Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia), John Roger Winfield berkata, pencapaian terbaik kerjaya Mohd Syahrul dalam bidang perbankan dengan kepimpinan strategik, pemacu transformasi dan kecemerlangan operasi akan membantu pertumbuhan dan kejayaan bank secara berterusan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button