Hiburan

“Akhirnya penyondol di ceraikan” , hanya dua tahun bersama Syamsul dan Ira Kazar sah cerai- Netizen

PENGARAH  Sensasi, Syamsul Yusof dan pasangannya Ira Kazar sah bercerai talak satu pada hari ini.

Lafaz cerai itu disahkan kira-kira jam 10.30 pagi oleh Hakim Syarie Mohd Faizal Habib di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Menurut Peguam Syarie yang mewakili Ira iaitu Afiq Fadhil, mahkamah telah mengesahkan Syamsul dan Ira telah sah bercerai talak satu.

“Mahkamah putuskan penceraian sudah berlaku di luar mahkamah di antara Syamsul dan anak guam saya. Itu saja boleh saya katakan.

Manakala Peguam Syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais, berkata telah berlaku pelanggaran lafaz taklik yang dilakukan Ira membabitkan hantaran di media sosial bermula 14 Ogos lalu.

Alhamdulillah kes perceraian dan lafaz taklik sudah selesai pada hari ini di mana mahkamah mendapati Ira sudah melanggar taklik.

Ada pelanggaran taklik yang sudah dilakukan Ira dan mahkamah berpuas hati bahawa memang berlakunya lafaz taklik dan mendapat bahawa Ira melanggar taklik tersebut sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos.

Ia berlaku dalam keadaan rela tanpa paksaan mana-mana pihak. Idah juga bermula pada tarikh yang sama (14 Ogos).

Kemudian, Hakim Syarie Mohd Faizal mensabitkan berlakunya perceraian dan memerintahkan Ira untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula 14 Ogos lalu.

Terdahulu, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu.

Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada persefahaman.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button