Belang Bertempat

Akhirnya Anwar kalahkan Dr. Mahathir

DALAM satu perbualan seorang rakan Belang meminta Belang bayangkan kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Katanya, pasti Anwar akan balas dendam ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah memalukan beliau dan menyumbat beliau ke dalam penjara.

Selepas Langkah Port Dickson Anwar telah diberi amaran supaya segera bertindakan mengambil pucuk pimpinan dan tidak memberi ruang serta masa untuk Dr. Mahathir.

Akhirnya kerana tidak berani bertindak atau mungkin tiada ruang untuk bertindak Anwar sepatutnya menjadi perdana menteri pada bulan ini sebagaimana dijanjikan Dr. Mahathir sekali lagi melopong.

Sejarah panjang Anwar dengan Dr. Mahathir bergeser di dalam gelanggang politik ramai yang hairan mengapa pemimpin reformasi itu sanggup bekerjasama dengan orang yang telah menyebabkan dia hilang segala-galanya.

Namun bagaimanapun semalam ketika undian usul belah bahagi di parlimen, Anwar berjaya mengenakan Dr. Mahathir dengan mengarahkan pembangkang tidak turut serta, sebaliknya menyokong meluluskan Belanjawan 2021.

Usul yang memerlukan undi 15 ahli Dewan Rakyat itu, mendapat sokongan 13 orang. Dan hari ini Anwar mengakui beliau yang mengarahkan pembangkang menyokong belanjawan dan tidak menyokong undi belah bahagi.

Anwar memberi alasan tidak semua bahagian belanjawan itu tidak dipersetujui, kerana ada yang memberi manfaat kepada rakyat perlu disokong.

Namun katanya, peluang menolak belanjawan masih boleh dilakukan ketika berlangsung undian peringkat jawatankuasa.

Di pihak Dr. Mahathir pula menyelar mereka yang tidak menyokong usul undian belah bahagi sebagai pengecut.

Bagi penyokong kerajaan pula menyifatkan 13 ahli parlimen yang menentang belanjawan itu sebagai pengkhianat dan mahukan mereka ditolak pada pilihan raya akan datang.

Namun bagi Belang keputusan dibuat oleh ahli parlimen menunjukkan kematangan mereka.

Tidak perlulah membangkang segala-galanya hanya semata-mata berada di blok pembangkang.

Jika ia memberi manfaat kepada rakyat adalah tidak salah menyokongnya. Atau tidak salah menyokong untuk kebaikan.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button