Nasional

Ahli politik bergaduh: Raja berperanan guna kuasa jaga rakyat

Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga kepentingan rakyat.

Menurut Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, raja-raja Melayu harus bersuara bagi memastikan Malaysia kekal stabil.

Malah,  tambah Tunku Ismail, raja-raja Melayu juga perlu menggunakan kuasa yang mereka ada demi menjaga kepentingan rakyat dan kestabilan negara.

Tunku Ismail berkata, rakyat menjadi mangsa apabila ahli-ahli politik terus bermain politik, berlakon  dan bergaduh sesama sendiri. Malag rakyat juga menjadi mangsa apabila ahli politik mengamalkan korupsi.

Tunku Mahkota Johor menegaskan, negara Malaysia akan musnah jika semua pihak dalam sistem pentadbiran hanya memikirkan kepentingan diri masing-masing.

“Ahli politik. Berpolitik, mangsa? rakyat. Berlakon, mangsa? rakyat. Merompak, mangsa? rakyat. Bergaduh, mangsa? rakyat.

“Raja-raja pula harus memainkan peranan, bersuara dan menggunakan kuasa demi menjaga kepentingan rakyat dan kestabilan negara.

“Jika semua pihak dalam sistem pentabiran hanya memikirkan kepentingan peribadi maka hancur negara,” kata Tunku Ismail yang dikongsi di Insta Story.

Tambah Tunku Ismail semua pihak harus memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk memilihkan kestabilan negara secara keseluruhan.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button