Ekonomi

Aethetic Centre buka cawangan kedua di Kota Bharu Kelantan dengan rawatan premium

BERASASKAN syariah kini AiRiz Aesthetic buka cawangan kedua mereka di Kota Bharu Kelantan dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan estetik premium dengan rawatan kecantikan berkesan, selamat serta patuh syariah.

PUSAT estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, diasaskan oleh Dr. Aizul Hafizi, seorang pakar perubatan estetik, bersama dengan pendakwah terkenal Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

Menurut PU Riz, AiRiz Aesthetic Centre komited untuk menyediakan rawatan estetik yang diiktiraf secara perubatan dan halal selain itu pemilihan lokasi di Jalan Atas Bonggol ini sokongan masyarakat di negeri tersebut terhadap perniagaan, serta kekurangan pusat estetik di kawasan itu.

“AiRiz Aesthetic Centre menawarkan pelbagai rawatan kecantikan, termasuk peremajaan kulit, rawatan anti-penuaan, rawatan laser, pengurusan berat badan, dan banyak lagi, yang semuanya dijalankan oleh pasukan profesional yang berkelayakan.

“Selain itu, pusat ini juga menekankan nilai-nilai syariah dalam setiap rawatan, termasuk penggunaan bahan halal dan menjaga aurat pelanggan Muslim”, katanya.

Dr. Aizul turut menyatakan bahawa kerjasama dengan PU Riz bertujuan untuk menambah nilai kepada perkhidmatan yang ditawarkan dengan menggabungkan elemen pendidikan agama. Ini bertujuan untuk memastikan pelanggan Muslim dapat menjaga penampilan mereka tanpa mengabaikan prinsip-prinsip Islam.

Dalam pada masa yang sama, cawangan kedua AiRiz Aesthetic Centre ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim,  memuji usaha usahawan muda dalam menceburi bidang estetik yang dianggap sebagai perniagaan masa hadapan.

Beliau turut menekankan pentingnya pendekatan yang betul dan kompetitif dalam menjayakan perniagaan ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button