NasionalUncategorized

Abdul Hadi stabil, jangan tular fitnah – SUA

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Perkara tersebut disahkan oleh setiausaha akhbarnya, Abdul Malik Ab Razak ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Menurut laporan BERNAMA, Abdul Malik turut menafikan khabar angin yang tular sejak kebelakangan ini mengenai kesihatan Abdul Hadi.

Antara lain mendakwa kononnya Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dan juga Ahli Parlimen Marang itu sedang sakit dan sudah tidak berupaya menguruskan hal parti.

“Tidak betul, ini fitnah. Tuan Guru (Abdul Hadi) dalam keadaan stabil.

“Saya nasihatkan segala maklumat berkenaan kesihatan Tuan Guru boleh dirujuk kepada kenyataan rasmi di Facebook Tuan Guru,” katanya.

Ahad lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil yang juga anak Abdul Hadi berkata, bapanya dimasukkan ke IJN sejak beberapa hari lalu selepas mengadu kurang sihat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button