Ekonomi

KFC lancar kombo terhad ‘Jimat Siang’ serendah RM7.99

KFC secara rasminya melancarkan Jimat Siang, promosi baharu untuk waktu terhad, bermula hari ini.

Jimat Siang menawarkan kombo makan tengah hari berbaloi, dengan harga diskaun eksklusif dari Isnin hingga Khamis, 12 tengah hari – 2 petang dari harga serendah RM7.99. Ianya mengandungi menu sajian utama dan sampingan ikonik KFC dan boleh terdapat **6 variasi kombo untuk dipilih:

(1) Kombo Snack Plate pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49),
(2) Kombo Dinner Plate pada RM16.99 (harga biasa: RM19.60),
(3) Kombo Rice Plate 1-ketul pada RM8.99 (harga biasa: RM10.49),
(4) Kombo Rice Plate 2-ketul pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)
(5) Kombo Zinger Klasik, pada RM10.99 (harga biasa: RM13.99 dan
(6) Kombo Burger Kolonel Klasik pada RM7.99 (harga biasa: RM9.49)

Jimat Siang boleh didapati pada hari Isnin sehingga Khamis, 12 tengah hari – 2 petang melalui khidmat Makan-di-restoran, Bawa Pulang, dan Pandu Lalu di *kebanyakan restoran KFC seluruh negara.

Sementara itu, KFC dalam kenyataan yang sama memaklumkan, pengendali restoran makanan segera itu merupkan peruncit makanan pertama yang menyertai pasaran rantaian blok (blockchain) menawarkan “token tidak sepiawai (non-fungible tokens)” untuk dimiliki peminat KFC.

KFC Malaysia yang sentiasa berusaha untuk menjadi peneraju teknologi dan invovasi. KFC bekerjasama dengan artis berbakat tempatan Wilson Ng, Book of Lai, dan Arif Rafhan Othman untuk menghasilkan 11 karya NFT unik sebagai penghormatan kepada 11 herba dan rempah rahsia KFC. Peminat boleh mendapatkan 8 NFT KFC eksklusif – Original KFC Moments bermula 1 petang hari ini di OpenSea, pasaran NFT terbesar. Sementara 3 NFT lagi boleh dimenangi melalui pertandingan di media sosial Instagram KFC @kfcmalaysia.

“Saya percaya untuk kebanyakan rakyat Malaysia, KFC bermaksud ‘keraian’ dan ‘waktu makan yang menyeronokkan’. Ianya juga sebuah tempat untuk berkumpul bersama rakan dan keluarga. Aroma istimewa daripada ayam goreng lazat terkenal di dunia ini sangat kasik dan membangkitkan perasaan riang dan gembira buat seluruh generasi.

Disebabkan inilah kami melancarkan kempen “It’s Finger Lickin’ Good’ untuk mencetuskan kembali perasaan cinta yang juga dirasai oleh ibu, bapa, atuk dan nenek kita. Melalui kempen ini, kami merancang beberapa intiatif penglibatan pengguna yang membawakan nilai bertambah dan kepuasan pelanggan terjamin. Kami komited untuk berterusan menjadi relevan kepada rakyat Malaysia dan membawa kami nostalgia kepada jenama ayam goreng kegemaran negara,” kata Stephen Chew, Ketua Jenama KFC Malaysia semasa majlis pelancaran kempen di restoran KFC di Pusat Beli-Belah Pavilion hari ini.

Majlis pelancaran ini juga memperkenalkan mesin cakar KFC Klaw for Chicken dalam KFC Bucket gergasi. Peminat KFC yang melawat Pizza@Starhill Gallery boleh main dan menang baucar KFC dan bantal Drummie, bermula hari ini sehingga 9 Jun 2022 pada tarikh dan waktu yang dijadualkan. Aktiviti menarik lain seperti gerai foto juga ada di sini, jadi jangan ketinggalan! – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button