Alam SekitarPencemaran

DoE denda kilang buang sisa kumbahan

BUTTERWORTH: Jabatan Alam Sekitar (DoE) Pulau Pinang mengeluarkan notis kompaun RM10,000 kepada sebuah kilang pemprosesan makanan di sini kerana menyebabkan pencemaran air dengan membuang sisa kumbahan ke dalam longkang awam.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima aduan air sungai yang tercemar di kawasan itu.

“DoE menjalankan pemeriksaan menggunakan dron dan mendapati pencemaran itu berpunca daripada pelepasan dari kilang berasaskan makanan.

“Semakan lanjut mendapati kilang itu telah melanggar Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Sisa Terjadual) kerana gagal mengendalikan sistem rawatan kumbahan industrinya dengan betul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata selain denda kompaun, kilang itu diarah menghentikan pengeluaran sisa kumbahan ke dalam longkang.

“Kilang itu juga diarahkan untuk menaik taraf sistem rawatan sisa kumbahan sedia ada dan memastikan ia mematuhi undang-undang,” tambahnya.

 

(Visited 499 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button