Ekonomi

Bursa dibuka lebih tinggi tetapi menurun sejurus selepas itu

Bursa Malaysia dibuka sedikit lebih tinggi tetapi menurun selepas itu, menyambung kerugian semalam, kerana pengambilan keuntungan berterusan dari kaunter teknologi terpilih, serta kaunter produk dan perkhidmatan pengguna.

Pada jam 9.15 pagi, penanda aras FBM KLCI merosot 2.80 mata kepada 1,568.06 dari penutupan semalam pada 1,570.86. Indeks dibuka 0.23 mata lebih baik pada 1,571.09.

Pergerakkan pasaran secara keseluruhan adalah negatif, dengan kaunter yang rugi mengatasi kaunter untung 249 berbanding 170, sementara 333 kaunter tidak berubah, manakala 1.445 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 549.7 juta unit bernilai RM267.38 juta.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 10.38 mata kepada 11,475.50 dan Indeks FBMT 100 jatuh 11.69 mata kepada 11,162.04, sementara FBM ACE naik 57.13 mata kepada 7,633.22.

Indeks FBM Emas Shariah memperoleh 0.52 mata kepada 12,614.58 dan FBM 70 naik 16.09 mata kepada 14,999.05.

Sementara dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 25.03 mata kepada 15,269.33, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.72 mata kepada 191.07, dan Indeks Perladangan berkurang 17.48 mata kepada 6,522.41. –  SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button