Dinafikan peruntukan, orang awam beri RM380,913 kepada Hannah
AHLI Parlimen Segambut Hannah Teoh berjaya mengumpul RM380,918 daripada oprang awam untuk selepas mendakwa dinafikan peruntukan pengurusan pusat khidmat wakil rakyat sebanyak RM300,000 oleh Kerajaan.
Menurut Hannah, pusat khidmatnya menerima sumbangan antara antara RM5 hingga RM50,000.
“Saya dan pasukan saya begitu terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penduduk di atas kerja yang kami lakukan di Segambut.
“Apa yang dinafikan kepada kami selepas Langkah Sheraton (RM300,000 peruntukan bagi pengurusan pusat khidmat), dikembalikan semula kepada kami oleh penduduk!
“Kami menerima sumbangan antara RM5 hingga RM50,000 dari penduduk Segambut dan beberapa orang dari Subang Jaya, bahkan dari Sabah. Saya akan bekerja lebih keras lagi sebagai tanda terima kasih saya kepada semua,” kata Ahli Parlimen DAP itu.
Sementara itu menurutnya,setakat ini semua Ahli Parlimen Pembangkang menerima RM100,000 dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri tanpa sebarang syarat.
“Tugas saya adalah untuk bertanya serta keluarkan kenyataan media dan hasilnya penduduk di Segambut kini mendapat peruntukan RM100,000 dari ICU untuk tahun 2021.
“Beginilah cara bagaimana berkhidmat kepada rakyat – anda minta jawapan daripada Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuasa dan bukannya dari Ahli Parlimen Pembangkang!” kata Hannah.
Dana kepada Ahli Parlimen disekat bermula dari era pemerintahan Barisan Nasional kemudian selepas Pakatan Harapan memerintah mereka juga tidak memperbetulkan dasar tersebut ketika berkuasa dan meneruskannya.
Sebelum ini Ahli Parlimen Subang (PKR) Wong Chen dilaporkan membayangkan PH turut bertanggungjawab ke atas keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyekat peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Anggota parlimen PKR itu berkata, PH ada peluang untuk membetulkan keadaan tetapi sebaliknya mengekalkan amalan BN sebelumnya.
“Bagaimana kita ada dalam keadaan ini? Ketika kita menang pada 2018, pimpinan PH memutuskan untuk ‘menghukum’ pembangkang ketika itu dengan mengehadkan belanjawan operasi mereka dan menafikan dana komuniti untuk mereka.
“Sementara MP PH dapat RM300,000 untuk operasi pejabat kami, pembangkang hanya dapat RM100,000. MP PH juga menerima RM3.5 juta untuk dibelanja terhadap komuniti kami, pembangkang tak dapat apa-apa.
“Kenapa kami melakukannya? Siapa yang tahu. Mungkin sesetengah dalam kepimpinan mahu ‘balas dendam’ kerana itulah yang berlaku kepada kami sebelum 2018. Mungkin sesetengah dalam kepimpinan berbuat demikian untuk memancing mereka (MP pembangkang ketika itu) untuk melompat.
“Apa saja sebabnya, kita terlepas peluang untuk buat perkara yang betul, iaitu memberikan sumber sama rata kepada semua anggota parlimen,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sebelum ini.-SM