Politik

Rampasan kuasa Myanmar: Gesa adakan mesyuarat Menteri Luar ASEAN

KERAJAAN Malaysia digesa memanggil satu mesyuarat Menteri Luar ASEAN berhubung insisden rampasan kuasa di Myanmar.

Rampasan kuasa itu menyaksikan penasihat negara itu Aung San Suu Kyi, Presiden, U Win Myint dan beberapa pegawai kanan ditahan.

Dalam mesyuarat tersebut, tekanan mesti diberikan kepada pihak Junta Tentera Myanmar supaya membebaskan pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).

Gesaan itu dibuat selepas berlaku rampasan kuasa di Myanmar oleh pihak Junta Tentera yang sekali gus mengisytiharkan darurat selama setahun.

Oleh demikian ASEAN disaran tidak lagi hanya sekadar memerhati dan memberi kritikan tanpa mengenakan sebarang tekanan kerana konflik ini melibatkan hak asasi manusia.

“Malaysia mesti segera mendesak agar semua pemimpin parti NLD di bebaskan segera dari tahanan dan hak asasi mereka di hormati.

“ASEAN tidak lagi boleh hanya menjadi pemerhati pegun terhadap konflik yang membimbangkan ini.

“Mengembalikan demokrasi dan memelihara kepentingan hak asasi manusia adalah urusan ASEAN dan ia mesti menjadi pencatur keamanan yang diyakini untuk rantau ini.”

Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dalam satu kenyataan mendakwa tindakan Junta Tentera itu menyebabkan reformasi ke atas Myanmar terencat.

Suara Merdeka melaporkan, Myanmar sebelum ini mengadakan pilihan raya pada November tahun lalu dengan memperolehi kemenangan besar iaitu 396 daripada 476 kerusi.

Bagaimanapun pihak tentera beberapa kali mendakwa terdapat penipuan dalam pilihan raya, antaranya mendapati terdapat 8.6 juta kejanggalan dalam senarai pemilih di 314 kawasan mengundi.

Ekoran dakwaan itu, kerajaan dan suruhanjaya pilihan raya digesa memeriksa semula keputusan kemenangan NLD.

Bagaimanapun, Junta Tentera tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan bertindak melakukan rampasan kuasa serta menahan Suu Kyi dan beberpa pemimpin kanan Myanmar.

Lantaran itu, Mohamad mendakwa tindakan Junta Tentera sebagai tidak menghormati keputusan pilihan raya dan demokrasi kerajaan Myanmar.

“Rampasan kuasa oleh tentera di Myanmar adalah sangat mendukacitakan. Ia sekaligus merencatkan reformasi kearah demokrasi di Myanmar.

“Junta tentera wajar menghormati keputusan pilihanraya umum pada November lepas yang memberikan kemenangan besar kepada NLD, iaitu sebanyak 356 dari 412 kerusi,” tegasnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button