Papagomo mahu berentap dengan Rafizi pada PRU-15
EXCO Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris berhasrat untuk ‘berentap’ dengan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Wan Muhammad Azri yang lebih dikenali sebagai Papagomo menawarkan diri untuk menjadi calon selepas terdapat khabar angin bahawa Rafizi akan bertanding pada PRU-15.
“Aku dengar Rafizi Ramli akan comeback pada PRU15 akan datang. Dia bakal bertanding kerana (Datuk Seri) Anwar Ibrahim perlukannya untuk kempen PKR.
“Aku harap jika diberikan peluang oleh pucuk pimpinan parti untuk berhadapan dengan Rafizi Ramli.
“Rafizi Ramli tekad jatuhkan Papagomo, PRU-15 biar pengundi buat keputusan. Psssttt…. Formula apa PRU-15 nak buat modal?” kata Wan Muhammad Azri.
Wan Muhammad Azri berkata, Rafizi pada 2014 pernah bertekad untuk menjatuhkannya.
Jelasnya, dalam situsai politik hari ini beliau lebih suka untuk bersikap jujur.
Katanya, dia mengambil pendirian untuk bersikap jujur agar tidak di dibenci seperti mana yang dialami Rafizi selepas PRU-14.
“Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan semua hingga saat ini Rafizi tak berjaya jatuhkan Aku. Ni semua Aku fikir kerana jujur dalam menyampaikan cerita cerita politik dan semasa.
“Berbeza dengan Rafizi yang selepas 100 hari Pakatan Harapan memerintah dia hilang dari radar kerana tidak sanggup tampil berhadapan dengan rakyat kerana kempen pembohongan dan fitnah yang dijaja selama itu.
“Suka atau tidak dengan cara Aku itu tidak penting kerana yang penting aku bercakap jujur agar esok lusa masyarakat tidak benci aku sepertimana Rafizi yang cukup dibenci hari ini,” kata Wan Muhammad Azri.
Rafizi tidak bertanding pada PRU-14 berikutan dia dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan kerana didapati bersalah membocorkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat pada Mac 2012.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun aktif membantu Pakatan Harapan dalam kempen Pililha Raya Umum ke-14 dengen menggerakkan kempen ‘Bina Semula Negara’.
Antara lain kempen tersebut termasuk formula popularnya untuk menurunkan harga petrol ke paras RM1.50 selain memansuhkan GST yang dan mengantikannya dengan sumber lain bagi meningkatkan pendapatan negara.
Bagaimanapun selepas PH menang, Rafizi mengambil keputusan untuk bersara daripada politik pada Disember 2019.-SM