JenayahLuar Negara

Kokain dibentuk menyerupai biji kopi

Polis curiga biji kopi dihantar kepada individu guna nama watak penjahat dalam John Wick

BERMACAM-macam cara penjenayah mahu menyeludup atau mengedar dadah. Ada yang menyorokkannya dalam kasut, beg dan tali pinggang.

Malah ada yang cuba mengaburi pihak berkuasa dengan meletakkannya dalam bungkusan makanan dan botol cecair pencuci rambut.

Terkini di Itali, polis negara itu mengesan cara terbaharu pengedar dadah antarabangsa mengaburi mata pihak berkuasa untuk menyeludup dadah secara pos.

Pengedar dadah dari Colombia di Amerika Selatan telah mengirim dadah jenis kokain yang dimasukkan ke dalam biji-biji kopi yang kemudiannya dipos kepada pengedar dadah di Itali.

Bagaimana pihak polis negara itu menyedari biji-biji kopi yang dibungkus dengan elok dalam paket kopi itu mengandungi dadah jenis kokain?

Related Articles

Polis di Lapangan Terbang Malpensa di Milan berkata, mereka curiga dengan kandungan dalam bungkusan kopi itu selepas melihat nama penerima bungkusan tersebut.

Biji-biji kopi itu dialamatkan kepada seseorang yang bernama Santino D’Antonio. Nama tersebut adalah nama watak salah seorang ketua penyangak dalam filem John Wick: Chapter 2.

Curiga dengan nama penerima itu pihak polis Itali telah membuka bungkusan yang mengandungi lebih 500 butir biji kopi tersebut.

Pada mulanya mereka melihat di dalamnya hanya ada biji-biji kopi yang biasa mereka lihat. Namun selepas diteliti dan dipotong sebutir demi sebutir mereka kemudiannya menyedari bahawa biji-biji kopi itu sebenarnya adalah kokain.

Polis Itali kemudiannya berjaya menahan Santino D’Antonio. Dia merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun. Lelaki itu ditangkap selepas dia cuba mengambil bungkusan itu di sebuah kedai menjual tembakau di Florance.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button