Nasional

90 plot kubur selesai dialihkan untuk jajaran ECRL

SEBANYAK 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam yang terlibat dengan Jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Kerja-kerja pengalihan kubur telah bermula pada 6 Januari 2025 hingga 9 Januari 2025,  masing-masing melibatkan sebanyak 30, 28, 20 dan 12 plot kubur dialihkan dalam tempoh empat hari tersebut.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berperanan sebagai pihak yang memantau kerja-kerja pengalihan kubur dengan mengikut pelan kerja yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JMNS, PDRM dan Malaysia Rail Link (MRL).

Sepanjang proses pengalihan kubur dijalankan, pihak waris dan orang awam dilarang untuk mendekati kawasan proses pengalihan kubur bagi memastikan langkah-langkah kesihatan, keselamatan dan kelancaran semua kerja-kerja yang berlaku di lapangan.

Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari 2025 dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari 2025 telah dibuat oleh JAIS menerusi pengumuman di semua masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di Negeri Selangor selama tiga kali berturut-turut pada hari Jumaat iaitu pada 20 Disember 2024, 27 Disember 2024 dan 3 Januari 2025.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pula telah membuat hebahan awam melalui Facebook Rasmi, manakala
Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. telah membuat pemakluman hebahan awam melalui laman sesawang dan papan tanda di tapak.

JAIS bersyukur dan berterima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam memastikan pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang dapat disempurnakan dengan lancar.

Terima kasih kepada ahli waris yang memberi kerjasama penuh ketika proses pengalihan kubur dibuat. JAIS juga akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa untuk jenazah yang terlibat dalam pengalihan kubur dalam tempoh terdekat dan semua ahli waris akan dimaklumkan mengenainya oleh JAIS. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button