Negeri

Transformasi Askar Wataniah pastikan rejimen terus relevan – Raja Muda Perlis

Dalam hasrat memastikan Askar Wataniah terus relevan, semua pihak hendaklah sama–sama berusaha membawa agenda transformasi dalam rejimen simpanan kebanggaan negara kita ini.

Tentera Darat Malaysia (TDM) sedang giat menyemak kaji dan memperkemaskan doktrin sedia ada bagi memastikan ianya berupaya mendokong Angkatan Masa Hadapan (AMH), baik bagi keperluan angkatan tetap melaksanakan misi di dalam pelbagai domain, mahupun untuk angkatan sukarela dalam berperanan sebagai augmentasi atau ‘back up’.

Pada masa yang sama Angkatan Sukarela menuntut kepimpinan yang jauh berbeza dengan Angkatan Tetapnya. Angkatan Sukarela merupakan satu entiti unik, yang terbentuk dari kepelbagaian tekstur masyarakat, yang terdiri dari gabungan agensi kerajaan, swasta, NGO dan orang perseorangan. Justeru, adalah penting bagi setiap peringkat kepimpinan samada Angkatan Tetap mahupun Sukarela di negara ini untuk mempunyai perspektif dan berada pada landasan yang sama, bagi mengembleng segala idea serta usaha ke arah merealisasikan transformasi menuju Angkatan Masa Hadapan (AMH) negara yang benar-benar mantap dan dapat dimanafaatkan oleh generasi akan datang.

Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Program MAIPs Peduli di sekitar Kg Padang Siding dekat Arau baru-baru ini.

Hadir sama mengiringi Baginda yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah ialah Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji.

Kayuhan amal dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diketuai oleh Tuanku Raja Muda Perlis itu sendiri turut disertai oleh ketua-ketua jabatan serta agensi Negeri dan juga Persekutuan.

Usaha ini merupakan acara mingguan yang dijalankan oleh pihak MAIPs dengan kerjasama beberapa jabatan dan agensi dalam usaha membantu golongan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan dan menambah baik kehidupan mereka dan keluarga.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan sumbangan MAIPs kepada asnaf yang terpilih pada kali ini iaitu Marliana Mohd Nor, 41 tahun dari Kampung Rambai, Don Jusoh, 58 tahun dan Yahaya Ali, 69 tahun juga dari kampung yang sama.

Masing-masing menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah.

Untuk rekod,adalah diharapkan penyertaan anak watan negeri Perlis yang sihat tubuh badan dan memenuhi keperluan minima Tentera Darat bagi tampil ke hadapan untuk menyertai Rejimen Askar Wataniah dengan hadir ke Kem Bukit Keteri pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 hingga 11 pagi dan 2 hingga 4 petang untuk mendaftarkan diri dalam Angkatan Sukarela atau mendapatkan maklumat lanjut.

GALERI

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button