Rencah Hidup

Suasana tempat kerja pengaruhi “mood” pekerja

Memiliki matlamat kerja yang jelas dan mudah dicapai adalah cara terbaik untuk mencipta ‘mood’ kerja yang kondusif. Ini kerana seseorang pekerja itu akan berasa lebih bersemangat untuk bekerja bagi ‘mengejar’ matlamat yang ditetapkan tersebut. Matlamat tersebut tidak perlu besar, cukuplah hanya sekadar ingin menyiapkan tugasan bagi mendapatkan lebih banyak masa rehat.

Pada masa yang sama, memiliki tempat kerja kondusif bermaksud mewujudkan persekitaran yang selesa. Apabila tempat kerja berada dalam keadaan yang bersih, ini dapat mempengaruhi minda untuk merangsang ‘mood’ positif.

Juga, ambillah masa lebih kurang 10 minit sebelum atau selepas waktu kerja untuk kemaskan ruang kerja supaya ruangan kerja berasa lebih selesa dan ini boleh dijadikan sebagai bentuk amalan di pejabat masing-masing.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Padang Katong, Kangar baru-baru ini.

Kayuhan amal yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini bertujuan bagi membantu dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri serta Persekutuan turut menyertai kayuhan berkenaan bagi sama-sama memastikan inisiatif murni ini melibatkan semua jabatan dan agensi negeri dan Persekutuan serta memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengurangkan kadar asnaf di Perlis.

Tuanku Raja Muda Perlis merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyampaikan sumbangan MAIPs kepada asnaf yang terpilih pada kali ini iaitu Jusoh Yaacob, 76 tahun dari Kampung Teluk Jambu, Anisah Hashim, 54 tahun dari Taman Bunga Padi dan Noraini Othman, 74 tahun juga dari Kampung Teluk Jambu.

Masing-masing menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button