Keunikan pengalaman Gaya Hidup Taiwan di “RASA TAIWAN”
Pengunjung-pengunjung“RASA TAIWAN” telah berpeluang merasai sendiri pengalaman gaya hidup Taiwan di pameran tiga hari yang menghimpunkan tujuh jenama unik dari Taiwan yang bertempat di eslite Kuala Lumpur. Pelbagai produk hijau, semula jadi dan mesra alam telah diterbangkan khas dari Taiwan untuk diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia.
Tujuh jenama telah dipilih dengan teliti untuk diperkenalkan kepada pengguna-pengguna di Malaysia. Setiap jenama mengetengahkan kepelbagaian produk mereka yang dijamin mesra alam dengan reka bentuk inovatif dan diperbuat daripada bahan semula jadi.
Antara jenama yang mengambil bahagian, Sunbay Tea Brew, Queen Shop, Kintaiwu,Blueseeds, Greenvines, Dachun Soaps dan inBlooom.
Pengunjung yang mendaftar di aplikasi eslite my telah diberi peluang untuk mengenali dengan lebih dekat tulang belakang di sebalik setiap jenama menerusi sesi diskusi yang dinamik serta bengkel dan demo produk yang interaktif. Para peserta setiap sesi perkongsian dijemput untuk merasai dan mencuba sendiri setiap produk seperti minyak aromaterapi, produk penjagaan wajah, minuman teh, pakaian wanita dan lain-lain lagi . Tidak kira peminat produk kesihatan, fesyen terkini atau ketukangan artisanal, semua pengunjung Rasa Taiwan tidak dikecualikan daripada merasai pengalaman produk gaya hidup Taiwan yang unik di acara ini.
Kesemua jenama yang mengambil bahagian menerima respon yang amat positif daripada pengunjung-pengunjung di acara ini. Rata-rata mereka teruja untuk membawa masuk produk-produk jenama Taiwan ini ke pasaran Malaysia di masa akan datang. Dengan kesedaran terhadap penggunaan produk hijau dan manfaatnya kepada alam sekitar, pengguna Malaysia kini lebih bijak dalam pemilihan produk gaya hidup harian mereka. eslite malaysia berharap untuk memperkenalkan lebih banyak jenama-jenama produk tempatan dan antarabangsa seperti ini di masa akan datang.