Teater

Teater Nilamsari karya yang memikat hati dan minda penonton

TEATER Nilamsari, yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris dari 4 hingga 6 Oktober, telah mendapat sambutan luar biasa daripada penonton, terutamanya pelajar UPSI.

Suasana meriah jelas terasa dengan kehadiran bukan sahaja pelajar, tetapi juga masyarakat luar yang ingin menyaksikan persembahan berkonsepkan purbawara kontemporari ini.

Pelajar dari UPSI Muhamad Ikmal, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya setelah menonton persembahan oleh Persatuan Teater Hidayah.

“Teater ini sangat memberangsangkan! Ia menyentuh emosi dengan unsur sedih, gembira, dan aksi mendebarkan. Selain itu, terdapat elemen pengajaran yang jelas.” Katanya.

Penonton yang hadir menyaksikan persembahan teater Nilamsari di panggung percubaan UPSI

Tambahnya lagi sebagai seorang pelajar dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, sangat sangat membantu mereka memahami naskah Nilamsari dengan lebih mendalam.

‘’Sebagai seorang pelajar sudah tentu saya mengambil pengajaran dalam naskah ini dalam membantu untuk memahami skrip tersebut.

Encik Badrul Zaman, bekas Timbalan Pengarah Senireka Istana Budaya, turut memberikan pandangannya yang luas terhadap teater ini.

“Teater ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ia dipenuhi dengan pelbagai pencinta seni, dari yang baru hingga yang berpengalaman. Kehadiran adegan pencak silat amat mengagumkan dan perlu diteruskan bagi mengangkat seni warisan bangsa.”

Dalam masa yang sama  juga beliau mengucapkan tahniah kepada pengarah Yusry Kamaruzaman kerana berjaya mempamerkan seni pertahanan diri di pentas teater.

Penglibatan pelajar UPSI

Dengan jumlah penonton mencapai 1,080 sepanjang tiga hari pementasan, Teater Nilamsari bukan sahaja mencipta kenangan, tetapi juga memperkukuhkan lagi kedudukan seni teater di kalangan masyarakat. Karya ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu platform untuk menyampaikan nilai-nilai penting kepada generasi akan datang.

Artikle Berkaitan :>

Pengarah teater ‘Kerana Percayakan Siti’ tiada niat untuk dijadikan kontroversi

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button