Hiburan

Sal Priadi suara Puitis Indonesia akan hiasi lagu-lagunya di Kuala Lumpur

PENYANYI dan penulis lagu berbakat dari Malang, Indonesia, Salmanto Ashrizky Priadi, lebih dikenal sebagai Sal Priadi, akan menghibur penggemarnya di Malaysia pada 13 Oktober 2024. Konsert ini akan diadakan di Dewan Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8:00 malam, dengan anjuran Kharisma Music, sebuah syarikat penganjur konsert terkenal.

En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music berkata, ini merupakan peluang hiburan kepada peminat Malaysia khusunya peminat penyanyi itu.

“Konsert ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’ adalah inisiatif kami untuk memberikan hiburan secara langsung kepada peminat Sal di Malaysia dan seluruh Asia.”

Konsert ini merupakan peluang luar biasa bagi peminat untuk menyaksikan persembahan langsung dari salah seorang bintang muzik terkemuka dalam industri muzik Indonesia. Dikenal dengan lirik puitis dan melodi yang memikat, Sal Priadi dijadualkan membawa penonton melalui sebuah perjalanan emosional yang mendalam.

“Ini adalah kali pertama saya mengadakan persembahan berskala besar di Malaysia dalam siri jelajah ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tur 2024’. Saya akan mempersembahkan lagu-lagu dari album kedua saya, ‘Markers & Such Pens Flashdisks’, yang mengisahkan semangat kreativiti dan keyakinan untuk mencipta sesuatu yang bermakna,” kata Sal Priadi.

Sal juga berkongsi pengalaman berharga semasa kunjungannya ke Kuala Lumpur tahun lalu. “Kuala Lumpur mempunyai makna yang istimewa bagi saya. Selepas melakukan showcase album tahun lalu, saya ingin berkongsi pengalaman tersebut dalam bentuk konsert yang lebih besar. Peminat akan disajikan dengan persembahan selama 2 jam dengan hampir 20 lagu dari kedua-dua album saya, disertai dengan paparan audio visual kreatif yang akan menonjolkan jalan cerita setiap lagu,” tambahnya.

En. Ahmad Jeffny menambah, “Kami teruja untuk membawa Sal ke Kuala Lumpur. Konsert ini akan menjadi platform bagi Sal untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan peminat, dan kami yakin ia akan menjadi malam yang penuh keajaiban dan kenangan indah.”

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada syarikat penerbangan Citilink Indonesia yang menaja penerbangan, serta rakan penaja lain seperti Intan Gelombang dan Futurace, dan rakan radio rasmi, ERA, bersama dengan rakan media rasmi, Gempak.com.

Peminat dinasihatkan untuk segera mendapatkan tiket konsert ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’ kerana tempat adalah terhad. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila lawati laman web ticket2u.com.my/sal-priadi.

Harga tiket adalah seperti berikut:

  • Dari Planet Lain [VIP Standing] – RM258
  • Gala Bunga Matahari [Standing] – RM158
  • Amin Paling Serius [VIP Seated] – RM258
  • Foto Kita Blur [Normal Seated] – RM188
  • VVIP Box – RM4,000

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button