Acara

Raja Puan Muda Perlis sempurnakan Majlis Pengurniaan Sumbangan Simpanan Bayi Baru Lahir Tabung Putra Petri Yayasan Tuanku Syed Putra

KANGAR 11 Okt. – Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Sumbangan ‘Simpanan Bayi Baru Lahir Tabung Putra Petri Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis’ dan ‘Bantuan Kepada Pesakit-Pesakit Hospital Tuanku Fauziah (HTF) 2024’ yang diadakan di Hotel Putra Regency Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus dan Timbalan Pengarah (Pembedahan) HTF, Dr. Mohd Yusdi Mohd Yusof.

Turut hadir sama adalah Pengarah Tabung Haji Wilayah Utara, Datuk Haji Mohammad Mokhzani Mukhtar, Pengurus Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Cawangan Kangar, Nurul Syuhada Marzuki dan Pengarah Tabung Haji Cawangan Perlis, Haji Borhan Abd Rahman.

Program ini telah dianjurkan oleh YTSP Perlis dengan kerjasama Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Lembaga Tabung Haji dan juga Pengasas The Mines Resort & Golf Club, Tan Sri Lee Kim Yew

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah berkenan untuk menyempurnakan pengurniaan Sumbangan Simpanan Bayi Baru Lahir Tabung Putra Petri 2024 yang melibatkan 33 orang bayi terpilih sebanyak RM 1,000 setiap seorang.

Sumbangan bagi Bayi yang beragama Islam akan dikreditkan ke dalam akaun bayi di Lembaga Tabung Haji dan didaftarkan untuk menunaikan Haji apabila dewasa kelak. Bayi yang bukan beragama Islam pula akan dikreditkan terus ke dalam akaun ASNB.

Baginda turut berkenan menyempurnakan pengurniaan sumbangan peralatan perubatan berupa cermin mata dan alat pendengaran kepada 6 orang penerima yang merupakan pesakit Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Sebagai rekod, Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis telah menyalurkan sumbangan peralatan perubatan kepada lebih 569 pesakit di HTF berjumlah sebanyak 1,110,623.40 sejak tahun 2007 hingga 2024.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button