Acara

Jom Sarapan! sambut I Eat Nasi Lemak bersama budaya kita

ACARA popular, I Eat Nasi Lemak, anjuran FriedChillies akan kembali sekali lagi dianjurkan untuk dua hari, bagi meraikan budaya sarapan pagi Malaysia.

Acara yang berlangsung bersempena kempen Road to UNESCO – Merai Warisan Kita, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Warisan Negara, di samping sokongan Pertubuhan Kraft Malaysia.

Poster Road To UNESCO

Acara ini akan menampilkan lima gerai nasi lemak terpilih dan dua legenda roti canai serta teh tarik, pilihan khas FriedChillies, untuk menyemarakkan  budaya.

Pengunjung akan berpeluang menikmati pelbagai jenis nasi lemak, antaranya sambal kerang, nasi pandan, ayam goreng berhantu, paru goreng power, dan nasi lemak bungkus, bersama roti canai dan teh tarik.

Di samping menikmati hidangan, pengunjung boleh turut serta dalam pelbagai aktiviti menarik serta persembahan kebudayaan yang disediakan untuk semua.

UNESCO dan Warisan Budaya Sarapan Malaysia

Acara ini juga bertujuan mempromosikan usaha pencalonan Budaya Sarapan Malaysia sebagai Warisan Dunia UNESCO, dengan nasi lemak, roti canai, dan teh tarik sebagai elemen penting dalam budaya rakyat Malaysia.

Menurut CEO FriedChillies, Mohd Adly Rizal, acara ini bertujuan mengumpulkan semua rakyat Malaysia menikmati hidangan makanan Malaysia.

“FriedChillies sentiasa mengumpulkan pahlawan-pahlawan makanan di bawah satu bumbung supaya semua rakyat dapat menikmati hidangan bersama. Budaya makan di Malaysia amat unik dan acara seperti I Eat Nasi Lemak mengingatkan kita semua bahawa makanan ini adalah sebahagian daripada budaya kita, tanpa mengira bangsa atau agama.

Dr. Eyo Leng Yan, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara di Jabatan Warisan Negara, turut menyokong usaha ini.

“Program ini adalah inisiatif JWN untuk mempromosikan budaya sarapan di Malaysia dan juga pencalonan Kebaya yang telah dihantar ke UNESCO pada tahun 2023. Kedua-dua pencalonan ini dijangka diinskripsikan pada Disember 2024 semasa sesi ke-19 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage di Asuncion, Paraguay.” katanya.

Acara Menarik di I Eat Nasi Lemak

Acara  Eat Nasi Lemak akan berlangsung selama dua hari, dari 9 pagi hingga 10 malam, dengan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti ceramah dan demonstrasi makanan.

Pada hari kedua (Ahad, 8.30 pagi – 10.30 pagi), acara Jom! Sarapan Kebaya akan berlangsung, menggalakkan pengunjung berpakaian kebaya atau pakaian tradisional, untuk 1,000 pengunjung pertama 1,000 pengunjung pertama yang berpakaian mengikut tema akan menerima nasi lemak percuma.

Antara aktiviti menarik yang turut disertakan adalah persembahan roti canai terbang, demonstrasi teh tarik oleh Teh Tarik Masters, serta pertandingan Roti Canai Tebar yang diketuai pakar daripada Nasi Kandar Pelita dan Hameediyah. Pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan kebudayaan seperti Wayang Kulit, Mak Yong, dan Joget Lambak, menjadikan acara ini sebuah perayaan komuniti yang meriah.

Pemeliharaan Warisan Budaya

Menurut Nik Faiz Nik Amin, Presiden Pengasas Malaysian Craft Council, “Acara seperti ini memainkan peranan penting dalam menyokong usaha pemeliharaan warisan kebudayaan negara. Kedua-dua kebaya dan nasi lemak merupakan calon untuk pengiktirafan UNESCO. Melalui acara sebegini, kita dapat menunjukkan komitmen terhadap kelestarian warisan Malaysia, serta memberi peluang kepada generasi muda untuk menghargai dan memahami kepentingan elemen-elemen ini dalam budaya kita.” Jelasnya.

Kembali ke Zaman Keemasan: Festival Nasi Kandaq 2.0 di Sunway Putra Mall

Kemeriahan Sefood Festival dengan harga promosi di Sunway Putra Mall

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button