Berita Auto

Dongfeng Box: Langkah Awal ke Arah Revolusi Kenderaan Elektrik di Malaysia

Central Auto Distributors Bhd (CADB), pengimport dan pengedar eksklusif kereta Dongfeng di Malaysia serta anak syarikat milik penuh Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), dengan bangganya mengumumkan pencapaian penting dalam landskap kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Sebanyak 23 pengedar sah telah dilantik dan pertama di seluruh negara untuk kenderaan elektrik Dongfeng Box, yang dijadualkan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Dengan usaha Malaysia menuju masa depan yang lebih hijau, Dongfeng Box dijangka menjadi pilihan menarik dalam segmen EV. Kenderaan ini menawarkan reka bentuk dan warna yang menawan serta jarak perjalanan yang mengagumkan sehingga 430 km dengan sekali cas.

Kereta elektrik sepenuhnya ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini, termasuk Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi bantuan pengawalan lorong, kawalan pelayaran adaptif, amaran perlanggaran, dan sistem parkir automatik, menjadikannya pilihan ideal untuk pengangkutan di kawasan bandar.

Pembukaan ‘Experience Centre’ CADB di Cyberjaya dan Kota Damansara

Seiring dengan pelantikan pengedar ini, CADB juga mengumumkan pembukaan ‘Experience Centre’ pertamanya di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya, dan ‘flagship store’ di Kota Damansara. Pusat-pusat ini memberi peluang kepada pelanggan dan pihak berkepentingan untuk merasai sendiri pengalaman dengan Dongfeng Box. Kedua-dua lokasi berfungsi sebagai pusat pendidikan, latihan, dan penglibatan, sekaligus mengukuhkan komitmen CADB untuk meningkatkan pengalaman kenderaan elektrik di Malaysia.

Ujian Jalan Raya untuk Pasaran Malaysia

Dalam usaha CADB untuk menyediakan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan tempatan, tiga unit Dongfeng Box baru-baru ini telah menyelesaikan fasa akhir Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dengan menjalankan ujian jalan raya secara menyeluruh oleh pasukan jurutera dari Dongfeng Motor. Ujian ini merangkumi pelbagai jenis permukaan jalan, keadaan pemanduan, dan faktor persekitaran di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan jarak perjalanan sejauh 45,000 kilometer dari Julai hingga September 2024.

Ujian yang dijalankan, termasuk Ujian Ketahanan Adaptif (DAT), Ujian Jalanan Elektrikal (ERT), dan Ujian Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), bukan sahaja mengesahkan ketahanan Dongfeng Box tetapi juga memperkenalkan penambahbaikan dalam navigasi, ciri-ciri keselamatan, dan Digital Head Unit (DHU) untuk memenuhi keperluan dan kehendak pemandu Malaysia. Fasa akhir R&D ini memastikan Dongfeng Box bersedia untuk dijual di jalan raya Malaysia, memenuhi keperluan harian dengan kecekapan, keselamatan, dan keselesaan.

Datuk Hj Mohamed Nazari Bin Noordin, Presiden PEKEMA, menyatakan, “Pelantikan 23 pengedar pertama di seluruh negara menandakan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk menggerakkan industri automotif Malaysia ke arah elektrik. Proses R&D yang menyeluruh ini menunjukkan dedikasi kami untuk menawarkan kenderaan yang bukan sahaja mesra alam tetapi juga memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan untuk pelanggan kami.”

Pekema kolaborasi bersama NexV Manufacturing untuk kenderaan EV

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button