Hiburan

Lelaki tunjuk kemaluan depan Aliff Syukri, siap bawa pisau

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri berdepan ganguan seksual oleh seorang individu warga asing dengan menunjukkan kemaluan kepadanya.

Lelaki berkenaan juga bertindak mendekati keretanya dengan memegang pisau.

‘’Mohon berhati-hati, sumpah saya takut!

“Siapa yang pernah kena macam saya ni? (lelaki mahu buka zip tunjuk anu). Saya takutlah kenapa banyak sangat orang asing macam ni.

“Dia siap bawa pisau kat tangan kiri dia,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Tambah pelantun lagu Abang Nak Tegur itu lagi, individu terbabit meluru ke arahnya dan menyergah sewaktu dia mahu turun kenderaan dari parkir.

“Saya terkejut sangat tiba-tiba bila saya nak turun dari parkir kereta ada orang daripada luar datang sergah kereta saya,” ujarnya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara.

Artikle Berkaitan :>

Aliff Syukri popularkan baju Melayu langgar syariat Islam

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button