Luar Negara

Ribuan perusuh pecah masuk ke kediaman Perdana Menteri Bangladesh

PERDANA Menteri Bangladesh, Sheikh Hasinah melarikan diri selepas letak jawatan dan dilaporkan meninggalkan negara itu di tengah-tengah protes antikerajaan yang semakin meningkat di kalangan rakyat.

Ribuan perusuh berkumpul dan memecah masuk kediaman Hasinah dan memakan makanan yang ada di kediaman itu.

Malah mereka juga mengambil barang-barang yang ada seperti televisyen, kerusi dan meja dari salah satu kediaman itu.

Menurut panglima tentera negara itu, bahawa Hasina 76 tahun telah meninggalkan negara itu untuk ke tempat yang lebih selamat, kerajaan sementara akan dibentuk.

Laporan media mengatakan beliau telah terbang dengan bersama kakaknya ke Timur India, dalam pada itu anak lelakinya pula mendesak pasukan keselamatan negara untuk menghalang sebarang rampasan kuasa daripada pemerintahnya.

Punca tindakan itu kerana desakan kuat rakyat Bangladesh mahu Hasinah letak jawatan ekoran protes ganas melibatkan mahasiswa sehingga mengorbankan nyawa ratusan orang awam.
Ini merupakan antara pergolakan terburuk dalam pemerintahannya selama 15 tahun.

Menurut sumber Astro Awani, pergerakan anti-kerajaan itu telah menarik orang dari seluruh masyarakat di negara Asia Selatan yang mempunyai kira-kira 170 juta orang, termasuk bintang filem, pemuzik dan penyanyi.

Hasina telah memerintah Bangladesh sejak 2009 dan memenangi pilihan raya keempat berturut-turut pada Januari selepas pengundian tanpa pembangkang yang tulen.

Kerajaannya dituduh menyalahgunakan institusi negara untuk mengukuhkan kuasanya dan menghapuskan perbezaan pendapat, termasuk melalui pembunuhan di luar undang-undang.

Demonstrasi bermula berhubung pengenalan semula skim kuota yang mengkhaskan lebih separuh daripada sema pekerjaan kerajaan untuk kumpulan tertentu.

Protes telah meningkat walaupun skim itu telah dikurangkan oleh mahkamah tertinggi Bangladesh.

Artikle Berkaitan :>

Rakyat Malaysia yang menetap di UK perlu jauhi protes

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button