Rencah Hidup

The Raw. bantu 10,000 keluarga asnaf dengan 50 tan beras infak

Inisiatif ini dianjurkan bersama dengan Pertubuhan Kebajikan RichWorks (RichWell); Enrichment Media Lab Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis).

KIRA-KIRA 10,000 asnaf terutama wanita dan ibu tunggal di sini dan sekitar Selangor menerima 50 tan beras infak dari jenama penjagaan kulit yang disandarkan oleh farmaseutikal sains, The Raw.

Wakil syarikat The Raw. International Sdn. Bhd., Nor Amira Amizan berkata, inisiatif tersebut diharap dapat meringankan bebanan golongan yang memerlukan terutamanya ibu tunggal untuk menyambut Syawal yang tinggal beberapa hari saja.

Majlis Sentuhan Kasih The Raw. semalam

“Menyedari pelbagai cabaran termasuk kenaikan kos sara hidup memanggil The Raw. untuk bekerjasama dengan beberapa organisasi untuk membantu mereka yang memerlukan.

“The Raw. merupakan salah sebuah syarikat berkembang pantas di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks yang sentiasa menekankan tentang kepentingan memberi sumbangan kepada masyarakat dengan bersedekah dan menjadi usahawan yang bermanfaat kepada ramai orang,” kata Nor Amira semalam.

Cik Nor Amira Amizan, wakil The Raw. International Sdn Bhd (tengah) dan En Hafiz Jasmi, wakil Pertubuhan Kebajikan Richwell (kanan) menyampaikan infak beras kepada penduduk Perumahan Awam Desa Rejang semalam.

Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw. menginfak 6,000 kampit beras dianjurkan The Raw. bersama dengan Pertubuhan Kebajikan RichWorks (RichWell); Enrichment Media Lab Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis).

Ia juga mendapat sokongan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang serta Gabungan Pengerusi-Pengerusi Penduduk PA PPR DBKL WPKL.

Antara penduduk Perumahan Awam Desa Rejang yang hadir pada acara Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw. semalam

Kelmarin, inisiatif itu sudah dimulakan dengan pengagihan 4,000 kampit beras kepada asnaf berhampiran empat masjid terpilih di sekitar Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Tambah Nor Amira, inisiatif yang dijalankan ini merupakan salah satu  budaya dan nilai yang diterapkan dalam syarikat kami bagi memberi kembali kepada masyarakat.

Inisiatif itu sudah dimulakan kelmarin dengan pengagihan 4,000 kampit beras kepada asnaf berhampiran empat masjid terpilih di sekitar Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).

The Raw. merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dalam industri kecantikan yang diasaskan oleh Puan Adibah Mazlan, seorang yang berpengalaman sebagai ahli farmasi dan kini The Raw. telah memasuki pasaran rangkaian farmasi seluruh negara.

Beliau menekankan kepentingan wanita mendapatkan kulit sihat tanpa menggunakan produk yang mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri kerana produk The Raw. menggunakan bahan yang membantu wanita mendapatkan bukan saja kulit cantik tetapi apa yang lebih penting adalah sihat.

Produk The Raw. kini boleh didapati di lebih 500 cawangan Guardian dan 60 Aeon Wellness seluruh negara.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai jenama The Raw., boleh layari laman web www.theraw.com.my.SM

Artikel berkaitan > RichWorks bukukan kisah 100 usahawahan jutawan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button