Kunjungan CPRI UPSI ke tiga buah Universiti Aceh buka ruang kerjasama
KUNJUNGAN CPRI UPSI KE TIGA BUAH UNIVERSITI ACEH BUKA RUANG KERJASAMA
PUSAT Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi (CPRI), UPSI mengadakan lawatan ke tiga buah universiti di Aceh baru-baru ini bertujuan mewujudkan kerjasama dan menjalinkan hubungan dengan organisasi pendidikan antarabangsa.
Pengarah CPRI, Prof Dr Nordin Mamat berkata universiti tersebut termasuklah Universitas Serambi Mekah, Universitas Syiah Kuala dan Universitas Islam Negeri Ar-Raniry.
Selain mengadakan lawatan, delegasi UPSI juga menyertai 4th International Conference On Educational Research pada 16 Oktober 2023, program anjuran bersama oleh Universitas Serambi Mekah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Malaysian Teacher Education Academic Council.
Beliau berkata delegasi UPSI melibatkan antaranya Timbalan Pengarah CPRI, Dr. Mohd Razimi Husin; Penyelaras Kluster Khas CPRI, Dr Romarzila Omar; Prof Dr. Ahmad Zamzuri Mohamad Ali serta beberapa pelajar UPSI.
Katanya, delegasi turut membuat kunjungan hormat ke Universitas Syiah Kuala bagi memperhalusi Perjanjian Persefahaman (MoU) sedia ada dan terlibat dengan Kuliah Tamu Pendidikan STEM Anak Usia Dini.
“Kami juga mengunjungi Universitas Islam Negeri Ar-Raniry bagi membincangkan tentang pembaharuan MoU dan aktiviti kerjasama yang melibatkan penerbitan, konferen dan Inovasi.
Beliau berkata kesemua pihak memberi fokus terhadap kerjasama dalam beberapa bidang kepentingan bersama yang bereputasi melibatkan perkongsian kepakaran, penerbitan, konferen dan Inovasi.
“ Lawatan ini menonjolkan usaha CPRI, dalam pembinaan jaringan dan mempromosikan kepakaran UPSI dalam pendidikan dan amalan pembelajaran terkini yang berkesan,” katanya. -SM