Rencah Hidup
Kanak-kanak maut tercekik buah rambutan
Seorang kanak-kanak berusia Sembilan tahun maut dipercayai tercekik buah rambutan di Kampung Sungai Ling, Kelmarin.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran sekitar 8 malam.
Doktor berkata, pihaknya berjaya mengeluarkan buah rambutan dari mulut mangsa sebelum jenazah di bawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.
Menurut ketua polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd Rahman, Kes diklasifikan sebagai mati mengejut.
“Bedah siasat pada awal pagi tadi mengesahkan kematian mangsa akibat salur pernafasan tersumbat disebabkan oleh sesuatu objek,” katanya.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak, Maran pagi tadi.