Nasional

Lelaki kurang siuman ditemui di atas pokok setinggi 2m

Lelaki kurang siuman ditemui di atas pokok setinggi 2m

SEORANG lelaki yang dipercayai tidak sihat akal berjaya diselamatkan dari sebatang pokok setinggi kira-kira 20m di Jalan Todak 4 di sini semalam.

Balai bomba dan penyelamat Butterworth dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 8.08 pagi.

Komander Operasi Khairul Nizam Abu Hassan berkata ketika tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati lelaki itu sedang duduk di atas pokok setinggi 20m itu.

“Kami membawanya turun ke tempat selamat menggunakan tangga penyelamat kami.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan paramedik untuk tindakan lanjut,” katanya.

Related Articles

Operasi selesai kira-kira jam 9.36 pagi. -SM

Baca juga : Kerajaan menubuhkan unit khas cegah penyalahgunaan 3R semasa pilihan raya negeri

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button