TMJ taja rumput jenis Zeon Zeoysia untuk SNBJ demi sukan bola sepak Malaysia
TENGKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim menaja rumput jenis Zeon Zeoysia untuk menggantikan rumput-rumput lama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.
Penggantian rumput lama kepada rumput baharu jenis Zeon Zeoysia itu juga merupakan sumbangan TMJ kepada sukan bola sepak Malaysia yang sentiasa menjadi perhatian Baginda.
Terdahulu, Baginda berangkat ke Majlis Perasmian Penggantian Rumput SNBJ.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, TS. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Mohd. Faidz Sanusi serta Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Khairy Jamaludin. – SM
.
Dapatkan berita Suara Merdeka dengan pantas terus ke Whatsapp anda.
>> Klik dan sertai Suara Merdeka sebelum tinggalkan halaman ini.